.:: I Have Sense ::.
27Oct/094

Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan Bagi Pegawai Teknologi Maklumat (F41)

Bagi penjawat awam yang baru dilantik dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun. Beberapa syarat perlu dipenuhi sebelum Mereka dapat disahkan dalam jawatan. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

1. Berkhidmat tidak kurang dari 1 tahun
2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum
3. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Khusus
4. Lulus Temuduga Tapisan Keselamatan
5. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam (kertas yang perlu diduduki bergantung kepada skim jawatan pegawai terbabit)

Peperiksaan Undang-undang Kerajaan(Kod 5102) merupakan salah satu daripada Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan peperiksaan ini perlu diambil dan lulus oleh Pegawai Teknologi Maklumat (F41) sebelum dapat disahkan jawatan. Peperiksaan ini meliputi perkara-perkara seperti berikut:

1. Perintah-perintah Am dan Arahan Pentadbiran
2. Arahan Perbendaharaan
3. Tatacara Pengurusan Stor
4. Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan
5. Pekeliling Perbendaharaan/Surat Pekeliling Perbendaharaan
6. Arahan Perkhidmatan
7. Arahan Keselamatan
8. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Antara tips bagi menghadapi peperiksaan undang-undang ini adalah:

1. Fahami isi kandungan buku-buku rujukan peperiksaan yang digunakan. Sila pastikan anda faham dengan topik yang dibincangkan supaya anda mengetahui sesuatu soalan itu bertanyakan berkaitan topik apa. Contohnya, jika soalan berkaitan dengan kadar bayaran wad, pastikan anda tahu di mana rujukan berkenaan bayaran wad di dalam buku rujukan anda.

2. Pastikan tulisan anda kemas dan boleh/mudah dibaca.

3. Buatkan tag pada buku-buku rujukan yang digunakan supa anda dapat menjimatkan masa mencari topik yang hendak dirujuk

4. Pastikan tangan anda bersedia untuk menulis. Bagi yang lama tak menulis, silalah membuat latihan menulis.

5. Semak kesemua soalan secara sepintas lalu, cari dan tandakan jawapan di dalam buku rujukan anda. Kemudian pilih dan jawab soalan yang senang/pendek dahulu.

6. Masukkan rujukan anda di dalam jawapan/catatan.

7. Masa yang diperuntukkan adalah terhad, uruskan masa anda sebaik-baiknya

8. Pastikan anda membawa buku rujukan anda.

Itu sahaja peringatan kepada diri ini yang akan menjawab soalan-soalan peperiksaan esok. Ok, Sudah tiba masa untuk tidur (Kerana tips seterusnya adalah: pastikan anda cukup tidur, tenang dan bersedia. Usah gabra kerana, This exam is to keep you in, not to kick you out).

Selamat Maju Jaya!!!! :)

21Oct/092

Mari Belajar Bahasa Melayu

Sempena dengan Bulan Bahasa, Saya telah menghadiri satu kursus Penulisan Surat Rasmi dan Penterjemahan. Berikut adalah antara hasil penemuan daripada kursus tersebut:

Pilih ejaan dan tandabaca yang betul

1. Garfu Garpu
2. Celopar Celupar
3. Gembeleng Gembleng
4. Cencang Cincang
5. Istirahat Istirehat
6. Pekong Pekung
7. Peribumi Pribumi
8. Cendekiawan Cendikiawan
9. Aneh Anih
10. Selesema Selsema
11. Pelosok Pelusuk
12. Beehoon Bihun
13 Apa pun Apapun
14. Pelaksanaan Perlaksanaan
15. Pembaikan Pembaikkan
16. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Sepang
17. Yang Dipertuan Agong Yang di-Pertuan Agong
18. yangki Yangki
19. rahmatNya rahmat-Nya
20. antinasional anti-nasioanal
21. masya'allah masya-Allah
22. se Malaysia se-Malaysia
23. ke sepuluh kesepuluh
24. tanda tangan tandatangan
25. kobis kubis
26. pesaka pusaka
27. garuda geroda
28. raksasa raksaksa
29. murtabak martabak
30. teladan tauladan

Perkataan yang diwarnakan adalah ejaan yang tepat. Sila semak ejaan anda. Ada yang tak boleh terima kenyataan. Tetapi, hakikatnya begitulah. :)