.:: I Have Sense ::. - tHis is noT aUtomatiCalLy UpdaTed -

8Dec/090

Pelangi Membeku oleh H.M. Tuah Iskandar

Hujung minggu lepas, tak ada apa nak dibuat. Saya terintai-intai ke dalam almari, mungkin ada sesuatu menarik untuk dibaca. Terlihat satu buku novel ni, Pelangi Membeku tulisan H.M. Tuah Iskandar. Dah lama ternampak novel ni, tapi tak tertarik untuk saya ambil baca. Oleh kerana dah tak ada kerja ni, saya ambil buku ni, cuba bacalah. Lagipun dah lama tak baca novel.

Inilah buku yang dibaca.

Inilah buku yang dibaca.

Sinopsis cerita di belakang buku menerangkan satu kisah yang berkenaan dengan:-

  • Seorang wanita yang tidak berpelajaran yang sentiasa mengimpikan kehidupan yang sempurna.
  • Dipaksa berkahwin dengan lelaki tua yang tidak berharta.
  • Wanita itu bangkit untuk berjaya dan menebus maruah yang tercalar walaupun hidup dikelilingi hutan.

Walaupun begitu, kisah yang dicoretkan tidaklah fokus kepada kisah wanita tersebut. Banyak lagi watak lain yang ditonjolkan dan dikisahkan dan saya beranggapan wanita tersebut bukanlah watak utama cerita ini sepertimana yang disipnosiskan. Dan sehingga akhir, saya tak tahu siapakah watak utamanya.

Terlalu banyak watak dengan nama-nama yang agak mengelirukan, sehingga saya perlu belek semula ke tajuk-tajuk sebelumnya untuk memastikan identiti dan jantina sesuatu watak. Timeline cerita juga agak mengelirukan dan saya berasa seperti timeline ceritanya tidak betul.

Cara pengkisahan dengan diselitkan dengan bait-bait ayat daripada buku motivasi yang dibaca oleh watak agak menarik perhatian saya. Dapat saya agak buku motivasi tersebut ditulis oleh salah satu watak lain di dalam buku ini. Tetapi frasa-frasa dan perenggan-perenggan yang diselitkan kadangkala sangat panjang dan saya tidak faham apa perkaitannya dengan situasi yang sedang diceritakan.  Kesan motivasi yang diperoleh saya juga agak kurang.

Saya banyak tersesat dan terkeliru semasa membaca buku ini. Kalau tak silap, ini kali pertama saya membaca novel H.M. Tuah. Saya tak pasti jika saya akan baca hasil tangan H.M. Tuah yang lain. Mungkin kalau tak ada benda nak dibuat dan tak ada sangat buku lain seperti hujung minggu lepas saya akan baca lagi buku beliau. :)

Tagged as: No Comments
7Dec/090

Inspirational Words

Take All or Choose Some And Your Life Will Be Affected

Take All or Choose Some And Your Life Will Be Affected

6Dec/090

Make It Easy

All things are difficult before they are easy... :)

5Dec/090

Be Tough

Tough times never last, but tough people do. :)