Saya Update
Hi semua.... (ada org baca ker ni????)
Semenjak berpindah kerja ke Penang ni, hidup ini sangat laa bz dengan kerjanya, dan keluarganya. Masa lapang..... masa lapang laa kesempatan bermalas-malasan dan berehat. Kerja di sini, banyak isu-isu yang perlu diselesaikan dan dijawab. Banyak kerja nak disiapkan... banyak juga yang perlu difikirkan dan dirangka.
Kalau tak silap, last februari kami sekeluarga berpindah ke rumah baru. Rumahnya rumah baru, tapi bukan kami punya.... tuan tanah yang punya. Kami menyewa sahaja. My wife dapat pindah kerja ke Kulim. So dengan rasa lega di hati saya memindahkan keluarga ke Kepala Batas, which is about 1KM from my workplace. Habis lah episod berulang-alik ke tempat kerja yang sangat jauh. (Sebelum ini saya berulang 50km pergi dan 50km balik = 100km sehari). Dapat la juga lari dari tol. Tapi kesian lah si isteri, dia pulak yang kena berulang about 25km pergi dan 25km balik.
But yet, still kami ini menetap berjauhan dari keluarga yang lain-lainnya. Huhu, kalau senang dapat kerja, nak sahaja kami pindah ke KL atau ke Terengganu atau ke Kelantan. Hehehe.... dekat la dengan ibu, bapa, abg, kakak, adik dan sebagainya. InsyaAllah akan diusahakan. Setakat ini niat di hati tak ada la lagi nak menetap di Penang ni hingga akhir hayat. Hehehehehe....
Dah lama tak buka dan update blog ni. Rupanya-rupanya dah kena suspend url ni bebaru ini. Contact balik service provider, nasib boleh release semula. Harap-harap lain kali istiqamah laa update blog ni.
Till then, have a nice day and do take care. Daaa......
October 14th, 2011 - 20:50
Selamat kembali berblogging!