Tahniah Malaysia
Saya sebagai rakyat Malaysia patut merasa berbangga kerana pasukan bolasepak negara yang beraksi di Sukan SEA, Laos berjaya melangkah ke pringkat akhir.
Saya tonton perlawanan tersebut yang disiarkan secara langsung. walaupun pasukan negara menang, tetapi masih banyak ruang dan aspek-aspek yang perlu diperbaiki dan dimantapkan. Perlawanan separuh masa pertama agak seimbang dan dapat dilihat pasukan negara dapat mengawal bola.
Separuh masa kedua, rentak permainan Laos berubah. Asakan demi asakan yang dilakukan oleh Laos pasti mencemaskan penyokong-penyokong pasukan Malaysia. Penyokong Malaysia bertambah cemas apabila Laos berjaya menyamakan kedudukan....
Dikarang sehari selepas perlawanan tersebut dan terperap sebagai draf sehingga hari ini.
Hari ni saya sambung.....
Apa-apapun, terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Bawah 23 Tahun Malaysia kerana berjaya memenangi pingat emas di Sukan SEA, LAOS. Seperti yang dinyatakan sebelum ini... masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Diharapkan pasukan ini dapat terus dimantapkan dan dapat beraksi dengan lebih baik pada perlawana-perlawanan yang akan datang.
Saya sambung dan saya terbitkan juga kerana saya nak juga terbitkan walaupun dah terlambat.
December 30th, 2009 - 10:49
update la cepat