Tahniah Malaysia
Saya sebagai rakyat Malaysia patut merasa berbangga kerana pasukan bolasepak negara yang beraksi di Sukan SEA, Laos berjaya melangkah ke pringkat akhir.
Saya tonton perlawanan tersebut yang disiarkan secara langsung. walaupun pasukan negara menang, tetapi masih banyak ruang dan aspek-aspek yang perlu diperbaiki dan dimantapkan. Perlawanan separuh masa pertama agak seimbang dan dapat dilihat pasukan negara dapat mengawal bola.
Separuh masa kedua, rentak permainan Laos berubah. Asakan demi asakan yang dilakukan oleh Laos pasti mencemaskan penyokong-penyokong pasukan Malaysia. Penyokong Malaysia bertambah cemas apabila Laos berjaya menyamakan kedudukan....
Dikarang sehari selepas perlawanan tersebut dan terperap sebagai draf sehingga hari ini.
Hari ni saya sambung.....
Apa-apapun, terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Bawah 23 Tahun Malaysia kerana berjaya memenangi pingat emas di Sukan SEA, LAOS. Seperti yang dinyatakan sebelum ini... masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Diharapkan pasukan ini dapat terus dimantapkan dan dapat beraksi dengan lebih baik pada perlawana-perlawanan yang akan datang.
Saya sambung dan saya terbitkan juga kerana saya nak juga terbitkan walaupun dah terlambat.
019 Is Now Maxis
My cousin just realized and tell me this story yesterday....
Last week, he went to Mid Valley Megamall by Komuter. While walking heading to Mid Valley from the Komuter station, he has been approached by some guys from telcos' booth, the booth that promoting to the crowded to register new line with them or promoting their prepaid and products. This guy hold my cousins' hand, offer him to sit and begin to ask for his IC.
"What for?" my cousin ask. That guy said "It's nothing, just we have a promotion for you. Now we offer new SIM card, I will fill up the form for you and you will get a new SIM card. It's nothing..." Then, this young man give his IC and this guy fill up the form and return his IC with a new SIM card.
Yesterday, my cousin realized that his telco provider was changed. Before this, he use Celcom Prepaid, but know he subscribed to Maxis Postpaid.
I ask him either he signed or not the form that the promoter fill for him last week? He said "Yes". "Did you read what form it is?" He said "No". I said to him "Then it's also your fault because you signed that form without knowing what is the form all about". I think it's the form to change the telco provider without changing our phone number.
Yes, the promoter is wrong because he doesn't explain to the customer what he is going to do and what he is actually offer, but it is our responsibility to be more careful dealing with them, especially if you need to sign anything.
So guys, careful and be alert...
Pelangi Membeku oleh H.M. Tuah Iskandar
Hujung minggu lepas, tak ada apa nak dibuat. Saya terintai-intai ke dalam almari, mungkin ada sesuatu menarik untuk dibaca. Terlihat satu buku novel ni, Pelangi Membeku tulisan H.M. Tuah Iskandar. Dah lama ternampak novel ni, tapi tak tertarik untuk saya ambil baca. Oleh kerana dah tak ada kerja ni, saya ambil buku ni, cuba bacalah. Lagipun dah lama tak baca novel.
Sinopsis cerita di belakang buku menerangkan satu kisah yang berkenaan dengan:-
- Seorang wanita yang tidak berpelajaran yang sentiasa mengimpikan kehidupan yang sempurna.
- Dipaksa berkahwin dengan lelaki tua yang tidak berharta.
- Wanita itu bangkit untuk berjaya dan menebus maruah yang tercalar walaupun hidup dikelilingi hutan.
Walaupun begitu, kisah yang dicoretkan tidaklah fokus kepada kisah wanita tersebut. Banyak lagi watak lain yang ditonjolkan dan dikisahkan dan saya beranggapan wanita tersebut bukanlah watak utama cerita ini sepertimana yang disipnosiskan. Dan sehingga akhir, saya tak tahu siapakah watak utamanya.
Terlalu banyak watak dengan nama-nama yang agak mengelirukan, sehingga saya perlu belek semula ke tajuk-tajuk sebelumnya untuk memastikan identiti dan jantina sesuatu watak. Timeline cerita juga agak mengelirukan dan saya berasa seperti timeline ceritanya tidak betul.
Cara pengkisahan dengan diselitkan dengan bait-bait ayat daripada buku motivasi yang dibaca oleh watak agak menarik perhatian saya. Dapat saya agak buku motivasi tersebut ditulis oleh salah satu watak lain di dalam buku ini. Tetapi frasa-frasa dan perenggan-perenggan yang diselitkan kadangkala sangat panjang dan saya tidak faham apa perkaitannya dengan situasi yang sedang diceritakan. Kesan motivasi yang diperoleh saya juga agak kurang.
Saya banyak tersesat dan terkeliru semasa membaca buku ini. Kalau tak silap, ini kali pertama saya membaca novel H.M. Tuah. Saya tak pasti jika saya akan baca hasil tangan H.M. Tuah yang lain. Mungkin kalau tak ada benda nak dibuat dan tak ada sangat buku lain seperti hujung minggu lepas saya akan baca lagi buku beliau.
